TIPS-TIPS PERGAULAN YANG CEMERLANG UNTUK DIPRAKTIKKAN
a) Bersangka baik – elakkan bersangka buruk kerana ia menhjadi punca
permusuhan
b) Murah dengan senyuman – tidak memerlukan modal dan dari aspek kesihatan,
kajian mendapati kita hanya menggunakan 17 otot muka sewaktu senyum berbanding
43 otot sewaktu mengerutkan dahi (rahsia awet muda)
c) Lahirkan simpati dan empati – turut berdukacita dengan musibah yang
menimpa kawan-kawan dan cuba meletakkan diri di tempat mereka.
d) Sebarkan salam – tidak terbatas kepada orang yangdikenali sahja tetapi
kepada semua
e) Pamerkan kasih sayang – saling membantu, mengambil berat dsb
f) Latih diri ingat nama kawan - insan lain akan merasa dihargai
g) Hormati pandangan pihak lain – sekalipun tidak bersetuju, cuba raikan
atau bangkang dengan cara yang penuh berhikmah
h) Minta maaf dan sedia memaafkan – meminta maaf dan mengakui kesalahan
tidak akan menjadikan diri kita hina malah kita menjadi lebih mulia. Bersedia
memaafkan
orang lain pada bila-bila masa sahaja. Siapa kita untuk tidak memaafkan kesalahan orang lain sedangkan Allah itu maha Pemaaf (Al’Afuwwu) dan Nabi juga sentiasa memafkan kesalahan umatnya.
orang lain pada bila-bila masa sahaja. Siapa kita untuk tidak memaafkan kesalahan orang lain sedangkan Allah itu maha Pemaaf (Al’Afuwwu) dan Nabi juga sentiasa memafkan kesalahan umatnya.
i) Tepati janji – salah satu tanda orang munafiq ; apabila berjanji tidak
menepati
j) Doakan kebahagiaan sahabat dan doakan semoga persahabatan dipelihara
Allah – antara amalan doa yang boleh diamalkan adalah Doa Rabitah (di dalam
Al-Ma’thurat). Ketika membaca doa tersebut, bayangkan wajah insan-insan yang
disayangi, mudah-mudahan Allah akan sentiasa mempertautkan hati antara kita.
Elakkan :
Elakkan :
a) Menyakiti hati orang lain
b) Gurauan melampaui batas
c) Memperkecilkan orang lain
d) Bercakap kasar (sekalipun bergurau)
e) Mempamerkan riak wajah tidak selesa atau tidak suka
KESIMPULAN
KESIMPULAN
a) Bergaullah dengan cara yang baik dan mengikut batasan syarak kerana apa
yang dianjurkan Islam adalah untuk maslahah atau kebaikan kita juga.
b) Ikhtilat yang diharamkan seperti bercouple, berdating,bersentuhan dan
sebagainya wajar dihindari.
c) Sekiranya kita menjaga Allah, Allah akan menjaga dan memelihara diri
kita.
d) Pilih kawan yang baik (Manusia itu mengikut agama kawannya)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan